Ahad, 2 September 2012

CREPE, KEK KEJU MELELEH, TRIFFLE & MELTY HERSHEY'S ZAMIQARINA










DURIAN CREPE
Kulitnye yg gebu dan berisikan krim serta isi durian yg enak
RM10/Pek (6 Pcs)




KEK KEJU MELELEH
Dilimpahi keju cair, coklat rice, coklat manik dan parutan keju.
Harga RM18 sahaja. 



BLACK FOREST TRIFFLE
Harga RM2.50 Sahaja


STRAWBERRY TRIFFLE
Harga RM2.00 Sahaja



MELTY HERSHEY'S CHOCOLATE
Harga RM10 Sahaja

                


Open order anytime. Just call 014-2986390 / 011-25757146 yerr...
Free delivery area Kuantan

Jumaat, 27 Julai 2012

Madah Zamiqarina

Kesepian & kesunyian itu kadangkala indah kadangkala membosankan..
Tapi..kesepian mengajar kita menghargai detik manis yang telah berlalu dalam hidup kita.
_________________________________________________________________________________


Hidup ini susah untuk diduga..
kadang-kadang kita rasa dekat sangat dengan seseorang..
tapi sebenarnya jauh....
walaupun kita dapat capai & genggam tangannya,
tapi belum tentu hati dia dapat kita selami..
mungkin kadang-kadang kita dapat tengok dia ketawa..
tapi kita tak tahu apa di sebalik senyumannya...
bila dia menangis,
kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya..
walhal kehadiran kita langsung tidak dihargai...
rencah dunia...
kita tidak tahu siapa kawan siapa lawan..
sehinggalah sampai masa kita jatuh..
adakah tangan itu menghulurkan bantuan ??
atau kita ditinggalkan.....???

_________________________________________________________________________________


Dalam hidup kita,
TUHAN akan bagi kita peluang untuk kita berjumpa
dengan orang yang betul-betul kita sayang...
tapi hanya sekali....
sekiranya kita leka
kita akan kehilangannya buat selamanya....
tapi kita tak pernah tahu siapa orangnya
jika kita sendiri tak pernah sedar
dan tak pernah cuba untuk menghargai kehadirannya...
mungkin setelah segalanya berlalu
baru kita mula sedar dan mungkin
kita tak berpeluang untuk memilikinya untuk selamanya....

Selasa, 22 Mei 2012

Isnin, 21 Mei 2012

Majlis Jamuan Makan Malam & Karaoke Sempena Lawatan YBHG. Datin Seri Hamidah Binti Khamis


KINI DALAM KENANGAN.....











Puan Nur Shahidaa Bt Abdullah
Ketua Biro Pelajaran

PUISI


PUISI UNTUK HARI IBU

Ibu

Ibu,.. Aku dilahirkan bagai kain putih, 
Engkaulah yang mencorakannya,                                                                        
Dengan mengajariku segala kebaikan,    
Dan hidup serba sederhana

Ibu,.. Dengan segala kepayahan engkau membesarkanku,
Dengan tabah engkau mengharungi hidup demi anakmu ini,
Ketika aku menangis engkau menenagiku, 
Ketika aku sakit engkau sentiasa berada disisiku, 

Kini aku sendiri telah menjadi seorang ibu,  
Kini barulah ku tahu kasih seorang ibu pada anaknya, 
Bertapa rindunya bila berjauhan dari anaknya,   
Bertapa beratnya hati apabila mahu melepaskan anaknya pergi.

Ibu,.. Aku akan sering melawatimu,     
Aku akan sering menghubungimu,    
Demi mengukuhkan kasih sayang antara kita

Terima kasih ibu, 
Engkaulah segalanya bagiku, 
Tanpamu kini aku bukanlah apa-apa, 
Kasihmu padaku tak kan terbalas sepanjang hayatku...
Selamat hari Ibu

Anakmu,     
Suzana


Oleh: Suzana Sulaiman                                                                                        
          (Ketua Biro Masakan)

Rabu, 16 Mei 2012

Majlis Ramah Mesra sempena lawatan YBHG. Datin Seri Hamidah Binti Khamis ke Pangkalan TUDM Kuantan.


KINI DALAM KENANGAN.....





Wajah YBHG. Datin Seri Hamidah Binti Khamis
Isteri Menteri Pertahanan


Puan Zawiah Binti Mohd Tap
Timbalan Ketua Biro Masakan
Pangkalan Udara Kuantan







Ketua dan Timbalan Biro Masakan bersama
Datin Zubaidah di Majlis Ramah Mesra
YBHG. Datin Seri Hamidah ke PU Kuantan